bila aku jatuh cinta?

Ada sebab kenapa jatuh cinta tu cuma selalu digunakan dengan imbuhan ter. Terjatuh cinta. Sebab ter itu menunjukkan bahawa ia berlaku secara tidak sengaja, unplanned. Sama jugak cinta. Kita mungkin boleh merancang untuk kenal dengan seseorang yang kita minat, yang kita suka, tapi bagi aku kita memang tidak boleh merancang untuk jatuh cinta. Cinta tu, it comes naturally. Sebab itu ia tidak sesuai digunakan dengan imbuhan ber, di, men, meng dan lain lain.

Sebab itu orang kata, cinta tak boleh nak paksa paksa. Dah kalau dia taknak, takkan kita nak paksa ye dak?

Aku masih percaya cinta, cuma aku tidak seteruja dulu. Aku sudah penat nak mencari cinta, tapi kalau tak payah cari, dia datang pada aku dan ajak aku bercinta, aku memang on aje. Haha. Okay diam lah kau. Jantan mengarut, tak senonoh bunyinya. Walaupun aku rasa aku dah acapkali hati aku kena pijak hentam dengan kaum Hawa, aku masih percaya cinta tu. Pahit memang pahit. Walaupun pahit, tapi pernah tak kita terfikir, kadang kadang pengalaman pahit tu lah yang mengajar kita, pengalaman manis tu yang buat kita terleka. Kan?

Kadang kadang orang kata aku ni bodoh bila bercinta, lurus, semua aku bagi, semua aku telan. Takpelah, mungkin satu hari nanti, ada yang sudi menerima kebodohan aku bila bercinta ni. Aku sedar, aku tak reti nak mengayat ayat perempuan ni, aku tak reti nak beromantik romantik ni. Bukan aku tak belajar, cuma memang tak boleh nak masuk dalam kepala otak aku. Otak kata. lain, mulut kata lain. Selalunya otak aku lah yang merancang ayat ayat manis, sekali keluar ayat dari mulut, yang datang dari hati. Tu yang kadang kadang aku nampak bebal aje bila face to face dengan perempuan. Lagi lagi dengan muka budak sekolah aku ni, umur aje dah menginjak 20 tahun, muka tak ubah macam budak sekolah. Takpa, awet muda kott (ayat sedapkan hati).

Takpelah, aku pun masih belum terdesak untuk memiliki dan dimiliki. Panjang lagi perjalanan hidup aku ni. Lagi pun aku mana reti nak bercinta cinta ni. Bukan taknak, tapi tak reti. Lagipun nak bercinta tu memang senang, nak kekal bercinta tu yang susah.

baik baik sahaja

Dulu aku di Miri. Sekarang aku di Labuan.

Seminggu aku di Miri, aku belajar mengenali hidup. Hingga sekarang, aku sangat kenal dengan hidup. Hidup ni baik kalau kau baik dengan dia, dan dia kan jadi nakal kalau kau nakal dengan dia, dan dia akan jadi sedih, kalau kau sedih dengan dia.

Hampir setiap hari, aku akan menangis. Hampir dua minggu, aku hidup seorang diri. Sebatang kara. Aku tidur sendiri. Makan sendiri. Jalan sendiri. Dan yang paling menyedihkan, bercakap pun sendiri. Aku bangga aku mampu survive di sana. Walaupun pada hakikatnya aku lemah sangat kala itu. Aku hampir mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke Subang Jaya. Hampir. Nampak tak bagaimana mental aku diuji? Orang kata duduk kat penjara tu pun ada kawan jugak. Aku tidak. Aku seorang diri sahaja di sana. Sepanjang aku di Miri aku cuma bercakap dengan pelayan restoran, kakak di lobby hotel, dan driver company aku. Itu sahaja. Lainnya aku sendirian.

Tak apa. Sekarang aku di Labuan. Aku sudah punya teman, crew crew kapal semuanya baik baik. Chief aku pun baik. Walaupun aku taktau apa yang menanti aku atas kapal nanti, aku harap semuanya baik baik sahaja.

Dia sudah boleh senyum. Semuanya baik baik sahaja.
Dia menarik nafas panjang. Semuanya baik baik sahaja.


kuatlah kuatlah

Selama ini dia jarang menangis, tetapi sejak seminggu lalu, dia telah menggunakan air matanya dengan semaksima mungkin.

Dia benci jadi lelaki yang macam itu.
Cengeng.
Kememeh.
Apon.


Dia fikir dia sudah cukup kuat.
dan,
seperti biasa,
Dia salah lagi.

warkah

Satu persatu wajah aku tatap bila mereka tidur.
Mak. Abah. Fahmi. Jodin.
Sedih rasanya.

Lepas ni, tiada lagi suara mak suruh aku ke kedai. Tiada lagi suara mak suruh aku jemputnya di sekolah.
Tiada lagi suara abah memerli aku bila MU kalah. Tiada lagi suara abah suruh aku picit picit dia.
Tiada lagi jeritan fahmi melaungkan nama aku bagai nak gegar rumah. Tiada lagi suara fahmi suruh aku buat itu ini.
Tiada lagi suara jodin cerita kisah hidup di atas kapalnya. Tiada lagi suara jodin mengusik aku sampai aku tinggi suara.

Entah aku kuat, entah tidak.
Aku pergi seorang. Aku jalan seorang.
Tanpa mereka, aku bukan siapa siapa.
Ahh.
Aku tak boleh lelap malam ini.
Aku nak tatap muka mereka.
Walaupun rasa macam dah lama.
Entah kenapa, aku masih belum puas.
Aku teringin nak peluk mereka.
Tapi takut mereka terjaga.
Aku sayang mereka.
Ya Allah, kau peliharalah mereka.
Sementara aku tiada.



Mi.
Lepas ni aku tak boleh dah nak teman kau ke sana ke mari. Dah tak boleh dah tak tengok wayang dengan kau. Dah tak boleh dah nak belikan kau nasi lemak malam malam. Dah tak boleh dah nak memekak kat kau suruh kau kurangkan makan. Dah tak boleh dah nak baring atas perut kau. Dah tak boleh dah mi. Kau dah tak boleh dah nak suruh aku buat itu ini. Kau dah tak boleh dah suruh aku pergi kedai. Dah takda dah rider kat rumah dah :p Lepas ni kat siapa aku nak cerita kisah dongeng racer aku dohh? Kat siapa aku nak cerita kalau aku ada masalah dohh?Dengan siapa aku nak main tikam tikam tol dohh? Siapa aku nak cari kalau aku jatuh dohh? Siapa aku nak cari kalau aku nangis dohh? Kau boleh ah cerita, kau ada jodin. Enn enn enn? Dia kan adik kau kan mi? :p Aku ni tumpang aje kat rumah tuuu. Enn enn enn? Mi lepas ni kurangkan makan tauu. Simpan duit banyak banyak. Nanti nak kahwin senang. Kalau kau nak beli motor tu, aku support 100%. Walaupun orang lain ada yang bangkang, I want you to know, you have my full support. Aku pernah ke tak support kau mi? Kadang kadang aku sampai terlebih support sampai kau panas pun ada kan mi? :) Lagipun siapa je yang duduk sebilik, tidur sebilik, mandi sekali dengan kau sepanjang kau hidup ni kan? Aku je pun. Masa jodin kat asrama, yang tidur dengan kau siapa? Aku gakk. Yang masak dengan kau kat dapur siapa? Aku gakk. Yang jaga kau waktu kau sakit siapa? Aku jugak enn. Kita buat jahat pun sekali. Kita buat baik pun sekali. Aku jugak yang teman kau ke sana ke mari. Lepas ni tak ada dah tau mi. Siapa je rajin nak teman kau tido kat bawah atas karpet, layan level air cond kau kat bawah tuu. Lepas ni dah tak ada tau mi. Jodin tak tahan sejuk, so nak taknak kau kena lah tido sorang. Bukan dia taknak, tapi dia tak tahan. Terima kasih sebab jaga aku selama ni. Aku tau aku banyak susahkan hidup kau dohh. Pasal aku mileage kereta kau melambung. Pasal aku kau tak kira penat kau. Pasal aku kau tak berkira duit kau. Pasal aku kau tak berkira masa kau. Aku nak kau tau, aku tak pernah berkira bila kau guna duit aku. Langsung tak mi. Aku tau, kau korbankan masa depan kau untuk keluarga ni mi. Aku tau. Aku tau bukan kau taknak sambung belajar, tapi kau taknak susahkan keluarga. Tanpa kau siapa aku dohh. Siapa Jodin. Siapa kitorang dohh. Kau sial ah mana mi. Kau celaka ah mana mi. Kau akan tetap jadi abang aku. Ingat tu.

Din.
Lu fikir lu senior lu gempak dah ahh? Haha. Kau rilek je, gua tengah cucuk lu rapat je dari belakang ni. Belajar elok elok din kat ALAM tu nanti. Jangan main main tauu. Tinggal setahun je lagi ni. Lepas tu kau dah jadi officer. Tengok tengok mak abah fahmi kat rumah tu. Rajin rajin balik rumah sementara kau boleh. Karang dah jadi officer susah. Bercinta kali ni, be cautious, but don't be too cautious. Belajar dari silap kau. Untung untung boleh kahwin terus lepas ni. Aku doakan kau bahagia :) Jaga baran kau tau din. Kadang kadang bila tengah marah, we tend to let out everything we're not supposed to and akan buat kita menyesal aje nanti. Belajar kawal baran kau tauu. Tauu tauu :) Lagi satu, aku nak mintak maaf. Aku balun kasut kau. Aku balun duit duit duit duit kau. Aku tau kau terasa bila BB aku hilang haritu. Sumpah aku tak sengaja. Aku tau kau terasa bila aku buat kasut kau macam kasut aku. Tapi kau tak cakap. Aku tau din. Aku tak ada duit din nak merasa benda benda tu. Aku bukan taknak belikan kau apa apa, cuma aku belum berdaya. Bukan aku berkira, jauh sekali nak buat buat lupa, tapi sungguh aku cakap, aku belum berdaya. Masa kau dah tiba, masa aku baru nak tiba. Kau tau, aku dah naik segan nak keluar dengan kau. Sebab tu aku taknak follow kau tadi petang. Aku tau kau mesti keluarkan duit kau punya. Sikit pun mesti kau akan keluarkan jugak. Aku tau. Aku taknak dah. Banyak sangat dah aku telan harta kau din. Mungkin kalau aku lahir dulu, kau yang akan tulis benda ni. Tapi ceritanya, kau lahir dulu kan. Mungkin sebab itulah kau abang aku, dan aku ni adik kau :)





p/s ; korang tau kan, aku sayang korang?




Agak agak lagu ni sesuai tak untuk aku kat laut? Aku selalu karok lagu ni tauu. Hahaha :D

Ku jalan sendiri,
Tiada tempat untuk menanti,
Tiada kamu, aku menyepi,
Bayanganmu aku mencari.

Ku sangkakan hujan,
Tapi taufan datang melanda,
Ku mencari tanpa pegangan,
Dan tersungkur di ketepian.

Ku mencari, bayangmu tiada,
Di langit biru, di lautan api,
Kau hilang dan semakin jauh,
Hujung dunia kita berjumpa.

p/ss ; Korang rilek je ahh, takyah ah nak nangis baca post ni. Tak macho ahh. Aku pun tak rasa aku nangis kott masa taip warkah ni. Aku rasa ah :p

pilih pilih

Kata orang lama, kalau cinta kau berasaskan rupa, percayalah, tak akan lama punya.

Kata Islam, ada 4 ciri ciri untuk mencari bakal isteri. Harta, keturunan, agama dan paras rupa.

Bagi aku paras rupa memainkan peranan yang paling penting. Bila aku tengok seseorang yang sejuk mata akku pandang. Baru aku tengok hatinya. Sebab bagi aku bila aku berkenan akan paras rupanya, baru aku akan cuba untuk mengenalinya. Dan kalau hatinya cantik cantik jugak, itu bonus bagi aku yang tak-sempurna-tak-sedar-diri.



Maka dengan itu tiada istilah aku memilih, sebab aku pun nak yang terbaik untuk diri aku.
Aku percaya kalian juga sama.

perempuan.

Perempuan.

Dulu aku teruja. Sekarang dah tak rasa apa.

sundal

Aku tak suka orang judge aku. Tapi aku sendiri judge orang.
Aku tak suka orang tipu aku. Tapi aku sendiri tipu orang.
Aku tak suka orang kutuk aku. Tapi aku sendiri kutuk orang.

Senang kata aku buat benda yang aku sendiri tak suka.
Entahlah.

Aku umpama perempuan berbaju sendat, menunjukkan segala lurah dendam.
Dan apabila lelaki merenungnya, dia melenting marah.

Macam jantan sial kan bunyinya?